Seperti biasa tugasan tidak formal aku setelah balik kerja adalah menjadi cef. Jadi menu yang ada di dalam kepala adalah ikan masak kicap dan sayur kailan ikan masin seperti yang dicadangkan oleh anak aku.Pun begitu aku nak tambah satu lagi menu iaitu kerabu perut yang selalu anak aku order bila kita orang pergi makan di restoran yang berhampiran dengan rumah.
Biasalah daripada tempat kerja aku akan bergegas balik untuk ke Pasar Puteri Mart untuk membelek, memilih dan membeli bahan-bahan mentah yang perlu. Untuk masakan harian biasanya aku tidak ambil bahan-bahan mentah dari dalam peti ais yang memang ada tersimpan sebab tidak mahu menunggu proses pencairan yang lambat. Biasanya aku akan sampai ke rumah pada jam 5:30pm dan aku tugas memasak aku akan siap lebih kurang pukul jam 6:30pm. Di antara waktu tersebut atau selepasnya aku akan solat asar bergantung kepada waktu. Di sini aku tidak mahu bercerita tentang menu ikan kicap dan kailan tetapi aku akan bercerita tentang kerabu perut lembu yang memang tidak pernah aku buat.
KERABU PERUT LEMBU
Bahan-bahan:
1. Perut lembu 1/2 kilo
(Di potong kecil-kecil dan direndam di dalam air bercampur kapur sirih. Ataupun dilumurkan dengan tepung untuk beberapa ketika untuk menghilangkan bau hamis dan dibasuh bersih. Setelah itu perut tersebut di rebus sehingga masak atau lembut).
2. Batang serai - 1 batang
(Di potong nipis-nipis).
3. Tomato - 2 biji
(Di potong dua dan dibuang bijinya. Setelah itu dipotong kecil-kecil.
4. Kacang panjang - 2 helai/batang
( Di potong kecil-kecil)
5. Cili Merah & Cili Padi -Nak pedas taruk lebih
( Di potong kecil-kecil)
6. Bawang besar - 1 biji
(Di potong kecil-kecil)
7. Daun Ketumbar atau daun kesum - Agak-agaklah banyak mana
( Di potong halus)
Caranya:
Bahan-bahan di atas dicampurkan dan digaul rata. Setelah itu masukkan
perasa seperti garam, gula dan perahan air limau nipis. Kuantiti perasa pandai-pandai koranglah sehingga rasa kerabu menepati cita rasa tekak korang. Kalau ada stok, korang masukkan juga
sos ikan 1 sudu kecil. Dah siap ....
Yang sebenarnya ketika aku memotong kacang panjang, pisau yang aku pegang terjatuh dan tindakan pantulan aku untuk menyambut pisau tersebut telah melukakan jari manis aku sehingga keluar darah yang banyak. Untuk pertama kalinya dalam seumur hidup aku telah pitam ... kah kah kah. Tetapi tolonglah jangan masukkan darah pulak kat dalam kerabu tu sebab darah aku tak kenapun pada bahan-bahan yang terlibat. Kerja-kerja untuk menyiapkan kerabu disiapkan oleh anak aku bila dia balik dari kerja dan rasanya hmmmm macam yang beli kat restoran.
Oleh sebab itu aku tokleh nak letak gambar kerabu kat sini ... Next is 'KERABU SOTONG'.