Membaca cerita-cerita politik tanahair selalunya memeningkan. Pening yang tak boleh hilang dengan menelan parasitamol atau panadol. Jawapan-jawapan yang diberi oleh pak pak menteri terhadap isu-isu berbangkit rasanya macam kosong. Tak ada jiwa. Tak ada aura. Tanam sayur kat rumah, jangan makan ayam, jangan lalu jalan bertol dan macam-macam lagi. Kalau isu besar, jawapan pulak boleh berubah-ubah mengikut seseorang walaupun daripada kumpulan yang sama. Bila jawapan entah apa-apa maka pastinya ia tidak menjadi apa-apa. Tidak sampai ke dalam dada langsung. Malah ia menjadi bahan jenaka.
Jadi aku sedih dan terfikir kenapalah negara yang aku cinta ini menjadi semakin serabut. Hutang negara bagaikan dibaja sehingga ia subur and merimbun. Rakyak marhein seperti aku semakin terhimpit dengan kenaikan sara hidup. Kalau hendak dicari sebabnya maka berantai-rantailah sebabnya. Tetapi bila aku telek bila aku tenung sebabnya senang sahaja iaitu orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus negara sudah tidak lagi bertanggungjawab kepada tugas-tugas mereka. Dari sebesar-besar mereka hingga ke sekecil-kecil mereka, dari pemerintah hingga ke pembangkang, dari tok imam hingga ke makmum sudah kabur terhadap nawaitu mereka yang asal. Walaupun tidak semua tetapi yang ramai telah melelahkan yang sedikit. Lalu aku simpulkan bahawa hakikatnya sekarang negara kita bukannya semakin maju malah ia semakin mundur atau tidak bergerak bersama-sama arus kemajuan. Kita telah tertinggal dari apa sudutpun.
Lihatlah sekiling dan renunglah dan fikirlah. Takdir ini adalah hukuman dan takdir ini juga adalah belaian kasih sayang dari Yang Esa supaya kita sedar untuk kembali ke jalan yang lurus dan benar. Atau jalan yang lurus itu sudah tidak boleh kita jumpai ?
Saturday, December 5, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)