Ingin sekali pulang ke tempat asalku
Aku datang dari syurga
Moyangku dari sana
Kamu datang dari syurga
Moyangmu dari sana
Mari kita pulang bersama-sama
Kerana aku mungkin sesat
Kerana kamu mungkin sesat
Kita mungkinkah sesat
Jalan pulang terpampang di depan mata
Mengapa tidak kelihatan
Hebatnya belantara dunia walau sementara
Mari kita tebas hutan ini dengan tauhid
Mari kita hias jalan ini dengan ibadah
Dan kita takkan sesat
Mari kita pulang
Syurga itu kekal selamanya
Saturday, October 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)